Penyebaran dan kesannya Malaria

Kawasan di mana malaria adalah meluas ('endemik) pada Abad-21 (warna biru).[13]

Malaria menyebabkan sekitar 400–900 juta kes demam dan sekitar satu hingga tiga juta kematian setiap tahun [14] — ini mewakili sekurang-kurangnya satu kematian setiap 30 saat. Sebahagian besar kes berlaku dikalangan kanak-kanak di bawah usia 5 tahun;[15] wanita mengandung terutamanya lebih mudah dijangkiti. Sungguhpun usaha bagi mengurangkan penyebaran dan meningkatkan rawatan, hanya sedikit perubahan dari segi kawasan bagi risiko penyakit ini semenjak 1992.[16] Malah, sekiranya kes malaria meluas kekal pada kadar peningkatan sekarang, kadar kematian mampu berganda dalam tempoh dua puluh tahun akan datang.[14] Statistik tepat tidak diketahui disebabkan kebanyakan kes berlaku dikawasan terpencil di mana penduduk tidak mempunyai capaian ke hospital atau kaedah lain bagi penjagaan kesihatan. Akibatnya, kebanyakan kes tidak direkodkan.[14]

Sungguhpun jangkitan bersama dengan HIV dan malaria turut meningkatkan kematian, ini bukanlah masaalah berbanding jangkitan bersama HIV/batuk kering, disebabkan kedua penyakit biasanya menyerang julat usia yang berbeza, dengan malaria biasa dikalangan kanak-kanak dan batuk kering (tuberculosis ) aktif dikalangan mereka yang berusia.[17] Sungguhpun jangikatan bersama HIV/malaria menghasilkan simptom kurang teruk berbanding jangkitan bersama antara HIV dan TB, HIV dan malaria turut menyumbang kepada jangkitan sesama sendiri. Kesan ini timbul akibat peningkatan muatan virus malaria dan jangkitan HIV meningkat kecenderungan seseorang kepada jangkitan malaria.[18]

Malaria kini adalah endemik dalam jalur luas sekitar ekuator, sebahagian Amerika, sebahagian besar Asia, dan kebanyakan Afrika; bagaimanapun, ia adalah di Afrika sub-Sahara dimana 85– 90% kematian akibat malaria berlaku.[19] Taburan geografi malaria dalam kawasan luas adalah rumit, dan kawasan malarial dan bebas-malaria sering kali dijumpai berhampiran sesama sendiri.[20] Di kawasan kering, penyebaran malaria boleh dijangka dengan agak tepat melalui pemetaan taburan hujan.[21] Malaria adalah lebih biasa dikawasan luar bandar berbanding di bandar; ini jelas berbeza dengan demam denggi di mana kawasan bandar merupakan risiko lebih besar.[22] Sebagai contoh, bandar Vietnam, Laos dan Kemboja pada asasnya bebas malaria, tetapi penyakit ini hadir dikebanyakan daerah luar bandar.[23] Sebaliknya, di Afrika malaria hadir di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar, sungguhpun risiko adalah lebih rendah di bandar besar.[24] Paras endemik malaria sejagat tidak pernah dipetakan semenjak 1960-an, bagaimanapun, Wellcome Trust, UK, telah membiayai Projek Atlas Malaria[25] untuk membetulkan keadaan ini, memberikan cara lebih terkini dan tahan bagi menilai beban penyakit malaria masa kini dan masa hadapan..

Kesan sosial-ekonomi

Malaria bukan hanya penyakit yang biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi ia juga merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi. Penyakit ini telah dikaitkan dengan kesan ekonomi negetif utama pada region di mana ia tersebar luas. Perbandingan purata per kapital GDP pada 1995, disesuaikan bagi memberi seimbang kepada kuasa membeli, antara negara malaria dan tidak malaria menunjukkan perbezaan lima kali ganda (US$1,526 berbanding US$8,268). Lebih lagi, di negara di mana malaria adalah biasa, purata per kapital GDP telah meningkat (antara 1965 dan 1990) hanya 0.4% setahun, berbanding 2.4% setahun di negara lain.[26] Bagaimanapun, kaitan tidak membayangkan punca, dan berleluasa sebahagiannya disebabkan rantau tersebut tidak mempunyai keupayaan kewangan bagi menghalang malaria. Secara keseluruhannya, kesan ekonomi malaria telah dianggarkan menyebabkan Afrika kerugian US$12 bilion setiap tahun. Kesan ekonomi termasuk kos penjagaan kesihatan, hari kerja hilang disebabkan penyakit, hari hilang dalam pendidikan, pengurangan prodiktiviti akibat kerosakan otak akibat malaria serebral, dan kehilangan pelaburan dan pelancongan.[15] Di sesetengah negara dengan ancama malaria yang teruk, penyakit ini mungkin memakan sebanyak 40% perbelanjaan kesihatan awam, 30-50% dari kemasukan pesakit, dan sehingga 50% lawatan pesakit luar.[27]